top of page
Dengan akaun GAP, anda boleh mulakan simpanan emas serendah RM100. Simpan sikit sikit dan keluarkan emas fizikal.

GOLD ACCUMULATION
PROGRAM (GAP)

Simpanan Emas Mampu Milik Serendah RM100

ADAKAH ANDA INGIN MULAKAN SIMPANAN EMAS TAPI ANDA...
 
  • Golongan B40 dengan pendapatan rendah?

  • Mempunyai komitmen hutang yang tinggi?

  • Bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap?

  • Masih belajar dan tiada pendapatan?

  • Takut emas anda beli hilang?

  • Tiada bajet yang besar?

Jika anda sedang alami masalah masalah di atas, anda wajib mulakan simpanan emas melalui akaun GAP kerana akaun GAP mampu membantu anda!

Dengan akaun GAP, tiada komitmen bulanan mahupun upah simpanan.

APA ITU AKAUN GAP
 

Gold Accumulation Program atau GAP adalah kaedah pembelian emas mampu milik yang disediakan Public Gold untuk :

📌Membeli emas dengan modal yang rendah melalui akaun emas secara atas talian.

📌Mengumpul gram emas sedikit demi sedikit sehingga mencapai berat emas fizikal diingini.

 

📌Mengeluarkan emas fizikal yang diingini apabila gram emas terkumpul mencukupi.

📌Menjual atau memajak gram emas melalui aplikasi.


KELEBIHAN AKAUN GAP
 

APA KATA MEREKA?
 

VIDEO PENERANGAN LENGKAP AKAUN GAP
 
Anda boleh beli emas dengan mudah dan selamat.

NOTA RINGKAS PENERANGAN GAP
 
Setiap pembelian emas melalui akaun GAP bersandarkan emas fizikal yang boleh dikeluarkan apabila jumlah simpanan mencukupi

📌 Fungsi akaun GAP ni serupa seperti akaun 'online banking' lain seperti maybank2u atau cimbclicks.

📌 Bezanya, setiap bayaran dibuat adalah untuk pembelian emas fizikal.

📌 Bayaran akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.

📌 Simpanan anda adalah gram emas dan bukannya wang ringgit.

📌 Emas anda akan disimpankan di Public Safe secara percuma tanpa caj simpanan dan dilindungi insurans.

📌 Anda boleh pantau jumlah simpanan gram emas terkumpul melalui aplikasi disediakan.

📌 Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal apabila jumlah gram emas mencukupi pada bila bila masa.

📌 Bagi emas yang tidak dikeluarkan, emas boleh dijual atau dipajak melalui aplikasi dan duit akan dimasukkan ke akaun bank anda.


PEMBELIAN GRAM EMAS GAP
 
Akaun GAP adalah selamat dan patuh syariah
Contoh simpanan emas melalui akaun GAP Public Gold.
Harga emas GAP sentiasa mengikut pergerakan harga emas semasa.

Melalui akaun GAP, anda boleh : 

📌Membeli emas mengikut kemampuan serendah RM100 atau lebih.

📌Bayaran akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa pada hari pembelian.

Sebagai contoh :

📌Harga emas pada 15 November 2023 adalah RM323/gram.

📌Jika anda membeli RM100, anda akan menerima 0.3096 gram emas (RM100/RM323).

📌Jika anda membeli RM5,000, anda akan menerima 15.4798 gram emas (RM5,000/RM323).

 

📌Bayaran boleh dibuat sama ada melalui online banking atau pindahan wang tunai terus ke akaun bank Public Gold.

📌Gram emas yang anda beli boleh dipantau melalui aplikasi Public Gold dan ditunjukkan pada GAP Account Balance.


CONTOH TABUNGAN EMAS GAP
 
Dengan menabung emas dengan konsisten, kita mampu capai target simpanan kita.

Berikut adalah contoh tabungan salah seorang penyimpan emas Public Gold.

📌Pendapatan bulanan beliau hanya RM2,000 sebulan dan menabung 1 gram setiap bulan.

📌Beliau mula menabung pada 7 September 2022.

 

📌Setiap bulan, selepas menerima gaji, beliau akan membeli 1 gram emas pada setiap 7 hari bulan.

7 September 2022

Contoh simpanan emas GAP sebanyak 1 gram
  • Harga emas semasa : RM265/gram

  • Bayar RM265 dan terima 1 gram emas.

  • Jumlah simpanan emas GAP terkumpul : 1 gram.

7 Oktober 2022

Contoh simpanan emas GAP sebanyak 2 gram
  • Harga emas semasa : RM276/gram

  • Bayar RM276 dan terima 1 gram emas.

  • Jumlah simpanan emas GAP terkumpul : 2 gram.

November 2022 - Jun 2023 

Contoh simpanan emas GAP sebanyak 11 gram
  • Terus membeli dan menabung 1 gram sebulan.

  • Simpanan emas GAP bertambah sedikit demi sedikit.

  • Jumlah simpanan emas GAP terkumpul selepas 11 bulan : 11 gram.

Pengeluaran Emas Fizikal

Contoh emas fizikal yang dikeluarkan dari akaun GAP
  • Arahkan sistem untuk keluarkan goldbar 10 gram.

  • Emas dihantar ke rumah melalui postage berinsurans.

Teruskan Simpanan Emas

Contoh simpanan emas GAP selepas pengeluaran emas fizikal
  • Baki simpanan emas dalam akaun GAP selepas pengeluaran emas : 1 gram.

  • Beliau teruskan menabung untuk keluarkan emas fizikal seterusnya.


PENGELUARAN EMAS FIZIKAL
 

📌Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram emas dalam simpanan GAP anda mencukupi.

​​

📌Sebagai contoh, jika simpanan emas GAP anda mencecah 16gram, anda boleh keluarkan mana mana emas dengan berat kurang dari 15 gram seperti :

  • 1 keping goldbar 10gram dan 1 keping goldbar 5 gram atau

  • 3 keping  goldbar 5gram atau

  • 15 keping goldbar 1 gram dan sebagainya.

📌Baki 1 gram perlu ditinggalkan dalam akaun GAP bagi mengekalkan akaun GAP anda aktif.

📌Jika anda sudah tidak berminat untuk menyimpan emas, anda boleh tutup akaun dan jual 1 gram emas terakhir dalam simpanan GAP anda.


PILIHAN EMAS FIZIKAL
 

PENGELUARAN EMAS FIZIKAL
 

📌Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal disediakan apabila jumlah simpanan mencukupi.

 

📌Terdapat 2 kaedah pengeluaran emas fizikal bergantung kepada jumlah berat emas yang ingin dikeluarkan iaitu : 

GOLD IN TRANSIT (GIT)

gold-in-transit.jpg

Untuk emas dengan berat 21.25gram atau kurang.

Emas terus dihantar ke alamat pilihan anda.

Emas baru akan diganti jika hilang semasa penghantaran.

Caj GIT : RM10 (SM), RM15 (SS)

TUNTUTAN EMAS DI CAWANGAN

Cawangan-Public-Gold-Baru-Alor-Setar_edi

Untuk emas dengan berat melebihi 21.25gram.

Tuntut emas anda di cawangan Public Gold terdekat.

Tidak boleh dipos kerana melebihi had insurans.

Tetapkan temujanji melalui apps sebelum hadir.


JUALAN EMAS
 
Untuk menjual emas melalui akaun GAP, duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

​📌Sekiranya matlamat simpanan anda telah tercapai atau memerlukan wang tunai, anda boleh menjual emas anda kepada Public Gold.

📌Public Gold akan membeli emas anda mengikut harga emas semasa.

📌Bagi gram emas dalam simpanan GAP, emas boleh dijual melalui aplikasi Public Gold

 

📌Wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun bank anda.

📌Susut nilai atau 'spread' untuk jualan emas GAP hanyalah 9% sahaja.

📌Baki 1 gram perlu ditinggalkan dalam akaun GAP bagi mengekalkan akaun GAP anda aktif.

📌Jika anda sudah tidak berminat untuk menyimpan emas, anda boleh tutup akaun dan jual 1 gram emas terakhir dalam simpanan GAP anda.


Contoh Transaksi Akaun GAP
 
Contoh transaksi salah seorang penyimpan emas di Public Gold.

Selain akaun emas GAP, Public Gold juga menawarkan kemudahan pembelian emas fizikal secara terus dengan kaedah pembayaran mampu milik iaitu :

📌 Bayaran penuh (Full Payment)

📌 Bayaran berperingkat selama 6 bulan atau 10 bulan (EPP)

Untuk maklumat lanjut tentang 'Outright Purchase', klik kotak di bawah : 

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan simpanan emas, klik kotak di bawah untuk tutorial cara memulakan simpanan emas anda hari ini : 

bottom of page