top of page

PAJAK VS JUAL, MANA LEBIH BAIK?

Updated: Sep 14, 2023



Kebiasaannya, apabila berlaku kecemasan, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran kita adalah menjual emas yang kita miliki.


Tetapi...


Sebagai penyimpan emas berilmu, kita perlu faham bahawa simpanan emas adalah simpanan jangka panjang untuk sekurang kurangnya tempoh 3 tahun ke atas.


Pengalaman saya sendiri, emas pertama yang saya beli adalah goldbar 100 gram pada tahun 2015 dengan harga cuma RM13,000. 5 tahun kemudian pada tahun 2020, saya jual emas berkenaan ketika berlakunya PKP dan harganya meningkat kepada RM25,000. Jika dinilai harga goldbar 100 gram pada tahun 2023 (8 tahun kemudian), harganya mencecah RM31,000!

Kesimpulannya, semakin lama emas disimpan, semakin tinggi kenaikan harga dan nilai simpanan kita selagi mana emas berkenaan masih menjadi milik kita.


Kerana itu, sekiranya kita dalam keadaan terdesak dan memerlukan sumber kewangan, selain menjual emas, kita mempunyai pilihan lain iaitu memajak emas milik kita di Ar-Rahnu.


Persoalannya, antara menjual emas dengan memajak emas, yang mana 1 pilihan yang lebih baik untuk kita?


 
KOS PAJAK VS JUAL

Dalam menentukan kaedah mana yang terbaik untuk diri kita, kita perlu faham tentang kos yang terlibat iaitu :

  • Jual - spread.

  • Pajak - upah simpan.

Apabila kita menjual emas, kita akan dikenakan kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Sebagai contoh, untuk emas Public Gold, spreadnya adalah 9% (maksimum).


Untuk pajak emas di Ar-Rahnu pula, kebiasaannya upah simpannya adalah sekitar 1% sebulan.



 
KENALPASTI KEMAMPUAN KITA

Sekiranya kita mempunyai pendapatan tetap atau yakin mampu tebus balik dalam tempoh 6 bulan, pajak pilihan terbaik untuk kita!


Sebabnya, kos pajak lebih murah dari kos jual!

Kos upah simpan (pajak) adalah 1% untuk sebulan. Jadi, untuk 6 bulan, kos upah simpan hanyalah 6% berbanding kos spread 9%.

Bermakna, jika kita pajak emas hanya untuk tempoh 6 bulan, kita dapat jimatkkan kos sebanyak 3% berbanding jual dulu dan kemudian, cari duit lain untuk beli emas semula.


Tapi, jika dapat tebus emas itu semula dalam tempoh lebih 6 bulan tetapi kurang dari 12 bulan, bagi saya, itu masih berbaloi.


Walaupun kos pajakan 12 bulan adalah 12% iaitu 3% lebih mahal berbanding spread 9% jika dijual, emas berkenaan akan kembali menjadi milik kita sepenuhnya dan itu adalah lebih baik berbanding jual emas tetapi tidak diganti semula yang akan menyebabkan jumlah simpanan kita semakin berkurang.


 
NILAI KEMAMPUAN DIRI!

Kesimpulannya, dalam keadaan memerlukan sumber kewangan, kita perlu mengutamakan pajak berbanding menjual emas milik kita.


Tetapi...


Dalam menentukan sama ada pajak adalah pilihan yang terbaik untuk kita, persoalan yang kita patut fikirkan adalah :


Adakah kita mampu untuk tebus semula emas yang dipajak di Ar-Rahnu dalam tempoh selewat-lewatnya 12 bulan akan datang?

Jika jawapannya adalah mampu, pajak adalah pilihan terbaik untuk kita supaya emas berkenaan kekal milik kita sepenuhnya.


Jika jawapannya adalah tidak, jual emas dan mulakan simpanan emas semula adalah pilihan yang lebih tepat bagi mengelakkan kerugian yang tidak perlu.


 
Pernahkah anda pajak emas anda di Ar-Rahnu?
Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
4,864 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page