top of page

SIAPA SAYA?

Updated: Nov 15, 2023

Selamat datang saya ucapkan kepada rakan rakan yang baru ingin mengenali dunia emas dan Public Gold. Bagi yang belum mengenali saya, izinkan saya perkenalkan diri.



Kami adalah pasangan Mohd Ainuddinwahid atau lebih dikenali sebagai Tunwadie dan isteri, Noor Syahirah Hawa atau lebih dikenali dengan panggilan Ciwa Mua.


Dalam dunia pelaburan emas, kami bukanlah pakar tetapi kami belajar dari mentor yang hebat dan sudah berpengalaman dalam dunia pelaburan emas lebih 10 tahun.



Antara mentor kami adalah :


1) Tuan Zulkifli Shafie, penulis buku kewangan "Wang Emas" dan "Misi Bebas Hutang".


2) Tuan Syukor Hashim, penulis buku kewangan "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" dan "Rahsia Usahawan Emas".



 

TENTANG SAYA


2014 - Graduan Moscow State Medical University (MSMU), Russia dalam bidang perubatan.
2015 - Doktor Perubatan Siswazah di salah sebuah hospital di Johor.
2016 - Pemilik dan pengarah gimnasium "Mr Sado Gym & Fitness" di Petaling Jaya.
2017 - Pemilik dan pengarah butik perkahwinan "Shah Hawa Bridal" di Kuantan
2020 - Memulakan simpanan emas Public Gold pada September 2020 sebelum menjadi dealer aktif pada November 2020.
2021 - Dilantik sebagai Master Dealer selepas berjaya membimbing 300 penyimpan emas.
2021 - Dilantik sebagai Founder Master Dealer selepas berjaya membimbing 500 penyimpan emas.
2022 - Dilantik sebagai 1 Star Founder Master Dealer selepas berjaya membimbing lebih 1,000 penyimpan emas dari Malaysia, Singapura, UK dan Australia.
2023 - Dilantik sebagai salah seorang dari G100 Master Dealer Advisory Council (MDAC) yang menjadi penasihat kepada Public Gold.

 

PERJALANAN DALAM DUNIA PELABURAN EMAS


Kisah saya bermula ketika masih belajar di Rusia. Ketika itu, saya menjalankan sebuah perniagaan network marketing secara sambilan dengan pendapatan yang kukuh.


Setiap kali pulang ke Malaysia, arwah ibu saya sering mengingatkan saya untuk menukarkan duit hasil perniagaan saya kepada emas tetapi saya mengabaikan nasihat beliau kerana jiwa muda dan sifat boros.


Akibatnya, ribuan ringgit wang hasil perniagaan berkenaan "hilang" entah ke mana.


Di situ, saya mulai faham kepentingan simpanan kerana walau banyak mana sekali pun duit yang kita ada, jika disimpan dalam bentuk tunai, duit berkenaan tidak akan dapat bertahan lama kerana sifatnya adalah untuk dibelanjakan.

 

Emas Pertama


2015, saya membeli 1 goldbar 100 gram dengan harga RM13,000 (harga emas ketika itu RM130/gram) dengan tujuan untuk dihadiahkan kepada tunang saya ketika itu (sekarang naik pangkat menjadi isteri).


Namun begitu, ketika itu, saya masih tiada kesedaran tentang kepentingan emas dan hanya membeli emas sekali itu sahaja.

 

"Turning Point"


Kesilapan saya yang menyebabkan saya tidak pernah terfikir untuk menyimpan emas adalah disebabkan "comfort zone".


Saya tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana kestabilan perniagaan saya dan isteri iaitu sebagai "wedding planner" memandangkan setiap minggu pasti akan ada pelanggan yang akan berkahwin.


Kesedaran saya mula timbul ketika PKP 2020 apabila perkahwinan tidak boleh dilangsungkan dan kami tidak mempunyai pendapatan hampir separuh tahun sedangkan kos dan 'overhead' syarikat tetap perlu dibayar.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, semua wang simpanan yang kami kumpul habis begitu sahaja. Kami jatuh terduduk dan hampir terpaksa menutup perniagaan kami.


Ketika itu, kami cuba untuk membuat pinjaman dari rakan rakan dan keluarga tetapi tiada seorang pun yang mampu membantu kami kerana masing masing mempunyai masalah sendiri.


Di saat kami hampir membuat keputusan untuk menutup perniagaan kami, isteri saya teringat tentang goldbar 100 gram yang pernah saya hadiahkan kepada beliau dan bersetuju untuk menjual emas berkenaan bagi menampung kos dan 'overhead' perniagaan kami.

Tambah mengejutkan, goldbar berkenaan yang saya beli dengan harga RM13,000 pada tahun 2015 ketika itu sudah mencecah nilai RM25,000.


 

Kesimpulan


Selepas kejadian berkenaan, saya mulai sedar tentang kepentingan simpanan emas.


1) Simpanan jika disimpan dalam bentuk tunai, tidak akan kekal lama kerana berisiko 'dirompak' diri sendiri untuk perbelanjaan tidak penting.
2) Jika wang RM13,000 saya tidak ditukarkan kepada emas pada tahun 2015 dan disimpan dalam bentuk tunai, pada 2020, simpanan berkenaan tetap kekal RM13,000 malahan kuasa beli dan nilainya makin berkurang disebabkan inflasi dan kenaikan harga barang.
3) Dalam keadaan memerlukan, tiada sesiapa yang mampu membantu kita dari segi kewangan melainkan simpanan kita sendiri.
4) Bagi pemilik perniagaan, wajib memiliki simpanan dalam bentuk kecemasan bagi tujuan 'rolling' dan kestabilan perniagaan.

Jadi, jika kita mempunyai pilihan untuk menyimpan dalam bentuk tunai atau simpanan emas, kenapa pilih tunai jika emas mampu menggandakan simpanan kita?



 

PERKENALAN SAYA DENGAN PUBLIC GOLD


Selepas berjaya mengharungi zaman kejatuhan disebabkan PKP, saya nekad untuk memulakan simpanan emas kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.



 

Cinta Pandang Pertama Apabila Mengenali Public Gold.


Alhamdulillah, pada September 2020, saya dipertemukan semula dengan sahabat lama saya ketika di zaman pengajian A Level sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu Dr Syafiq Roslan.



Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada Public Gold.


 

Tertarik Dengan Gold Accumulation Program.


Apabila saya diterangkan tentang salah satu kaedah pembelian emas mampu milik dari Public Gold iaitu Gold Accumulation Program atau Akaun GAP, saya terus tertarik kerana :



1) Patuh syariah : Syarikat jual beli emas pertama di dunia mendapat sijil kepatuhan syariah. Jadi, saya tidak perlu risau tentang riba atau apa apa perkara yang boleh 'mengotorkan' simpanan saya.
2) Boleh beli emas serendah RM100 : Pengalaman menyimpan emas perhiasan sebelum ini, saya perlu kumpul duit hingga ribuan ringgit dahulu sebelum boleh ditukarkan kepada emas. Jadi, seringkali simpanan saya kebocoran kerana terguna untuk perkara lain. Dengan akaun GAP, setiap kali saya mempunyai RM100, saya dapat terus tukarkan kepada emas tanpa risiko terguna duit berkenaan.
3) Tiada komitmen bulanan : sebagai seorang pemilik perniagaan, pendapatan saya tidak menentu. Jadi, ada bulan, saya tidak mampu menabung. Memandangkan saya tidak terikat dengan komitmen bulanan, saya boleh menabung pada bila bila masa dan sekiranya saya tidak berkemampuan, saya tidak perlu membeli emas.
4) Boleh keluarkan emas fizikal pada bila bila masa apabila jumlah simpanan mencukupi : Seperti kita sedia maklum, emas yang terbaik adalah emas dengan berat yang tinggi seperti 20 gram ke atas kerana kita boleh meminimumkan kos gold premium dan spread. Jadi, akaun GAP adalah pilihan terbaik kerana kita boleh menabung sedikit demi sedikit mengikut kemampuan sehingga mencapai berat emas kita idamkan sebelum mengeluarkan emas fizikal berkenaan.
5) Emas GAP boleh digadai atau dijual secara online : Pengalaman ketika PKP, semua kedai emas dan arrahnu ditutup sepanjang PKP. Jadi, emas yang kita miliki tidak boleh dijual mahupun digadai. Tapi, dengan akaun GAP, kita boleh menjual atau menggadaikan emas kita melalui aplikasi dan duit terus dimasukkan ke dalam bank akaun secara online. Jadi, kita tidak perlu risau sekiranya semua kedai emas atau arrahnu tidak beroperasi.

Kerana itu, saya terus mendaftarkan diri sebagai ahli Public Gold tanpa berfikir panjang. Bagi rakan rakan yang ingin faham lebih lanjut tentang Gold Accumulation Program, boleh dapatkan maklumat di sini :


 

KERJAYA SEBAGAI DEALER PUBLIC GOLD


Pada awalnya, saya tiada hasrat untuk menjadi dealer Public Gold kerana matlamat saya menjadi ahli Public Gold hanyalah untuk menyimpan emas untuk diri sendiri. Tambahan pula, saya agak sibuk dengan kerjaya sebagai 'wedding planner'


Bagaimanapun, saya mula terdetik untuk menjadi dealer apabila mendengar kisah seorang sahabat rapat saya yang menjadi mangsa penipuan scam pelaburan bertopengkan emas.



Memandangkan ketika itu, masih ramai tidak tahu tentang kewujudan Public Gold, saya tergerak untuk berkongsi peluang menabung emas menggunakan platform Public Gold kepada orang ramai supaya lebih ramai berpeluang menyimpan emas di platform yang betul, sekali gus mengelakkan mereka dari menjadi mangsa scam pelaburan emas.


 

Berkongsi Pengalaman Di Media Sosial


Pada penghujung Oktober 2020, saya mula berkongsi pengalaman menabung emas melalui akaun GAP di 'Instagram story' isteri saya ( https://www.instagram.com/ciwa_mua/ ) untuk kali pertama.


Saya amat terkejut kerana begitu ramai sahabat sahabat saya dan isteri yang berminat untuk memulakan simpanan emas.


Manakan tidak, emas yang kebiasaannya perlu dibeli dengan harga ribuan ringgit, boleh dibeli dengan serendah RM100 sahaja dan paling penting, tiada komitmen bulanan.


Hanya mereka yang tidak mempunyai akal yang waras mampu menolak peluang ini.


Selepas merujuk kepada sahabat kami, Dr Syafiq tentang bagaimana cara untuk kami bantu sahabat sahabat kami mendaftarkan akaun Public Gold, beliau menyarankan kami untuk menjadi dealer Public Gold kerana hanya dealer sahaja mendapat 'tauliah' dari Public Gold untuk membimbing penyimpan emas baru.


Maka, bermulalah perjalanan kami sebagai dealer Public Gold dengan pada November 2020.


 

Perjalanan Kami Sebagai Dealer Public Gold


Bulan pertama kami sebagai dealer Public Gold, kami berjaya membimbing lebih 40 orang penyimpan emas yang terdiri dari golongan sahabat dan kenalan rapat.


'Feedback' yang kami terima, walaupun Public Gold sudah beroperasi sejak tahun 2008 dan menawarkan kemudahan pembelian emas mampu milik, masih terlalu ramai yang tidak pernah mendengar nama Public Gold.



Kerana itu, kami terus berkongsi peluang menabung emas bersama Public Gold kerana kami melihat usaha kami sebagai 'jihad ekonomi' bagi membantu orang ramai menabung emas dengan betul dan mengelak dari menjadi mangsa scam pelaburan emas.


 

Bantuan Dan Sistem Sokongan G100 Network


Saya dan seluruh ahli di bawah bimbingan saya amat beruntung kerana kami menjadi ahli Public Gold di bawah bimbingan Dr Syafiq Roslan yang juga merupakan anak didik kepada penulis buku kewangan iaitu Wang Emas dan Misi Bebas Hutang, Tuan Zulkifli Shafie.



Beliau adalah 'founder' kepada G100 network iaitu gabungan dealer terbesar dalam Public Gold. G100 network amat menekankan tentang ilmu dan menyediakan 'support' dan sistem pembelajaran yang komprehensif.


Antara 'support sistem' yang disediakan adalah dalam bentuk seminar dan kelas marketing seperti New Dealer Orientation (NDO), Public Gold Leadership Training (PLT), Weekly Group Coaching (WGC), Weekly Business Meeting (WBM) dan G100 Talkshow (GTS).

Dalam PLT pertama yang saya hadiri, saya berpeluang untuk belajar berkenaan marketing dari mereka yang terbukti berjaya seperti FBads, IGads, Tiktok Promote, Google Ads, Woowa Broadcast dan paid review.


Matlamat PLT adalah supaya kami dapat menyebarkan 'awareness' kepada lebih ramai orang melalui media sosial.



Kami juga diberikan akses kepada bank posting, gambar serta video emas, skrip copywriting bagi tujuan marketing. Tambah menarik, setiap seorang dealer diberikan website khusus untuk memudahkan urusan penerangan dan pendaftaran.



Mudah kata, semua keperluan untuk menjadi dealer yang berjaya sudah disediakan. Kerana itu, ramai antara dealer dalam G100 mampu berjaya mencapai pendapatan 4 ke 5 angka walaupun mereka baru berjinak jinak dan tidak berpengalaman dalam dunia perniagaan.

 

Pencapaian Kami


Alhamdulillah dengan bantuan dan support system disediakan G100 Network, kami mampu melangkah lebih jauh.


September 2020 : Menjadi ahli Public Gold.
November 2020 : Mula menjadi dealer aktif.
Februari 2021 : Capai Club 100 kerana berjaya membimbing 100 penyimpan emas.
Mac 2021 : Mula menerima royalti 4 angka sebulan.
Jun 2021 : Capai status Master Dealer (MD) kerana membimbing 300 penyimpan emas.
Oktober 2021 : Capai status Founder Master Dealer (FMD) kerana membimbing 500 penyimpan emas.
April 2022 : Capai status 1 Star Founder Master Dealer kerana membimbing lebih dari 1,000 penyimpan emas secara keseluruhan.
Januari 2023 : Dilantik sebagai salah seorang dari G100 Master Dealer Advisory Council (MDAC) yang menjadi penasihat kepada Public Gold.

Selain itu, kami juga berjaya membimbing hampir 50 orang dealer dalam team kami dengan salah seorang dari mereka iaitu Cik Hanisah berjaya mencapai status Master Dealer dalam tempoh 6 bulan sahaja.



Alhamdulillah, walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman berniaga, kami berjaya membantu beliau menjalankan perniagaan Public Gold secara sambilan hingga mencapai pendapatan 4 angka sebulan.


 

MATLAMAT KAMI


Matlamat kami seterusnya adalah untuk :

1) Membimbing 3,000 penyimpan emas sebelum penghujung 2024. Bagi rakan rakan yang ingin menjadi penyimpan emas di bawah bimbingan kami, boleh mendaftarkan diri di sini :


2) Melahirkan 10 Master Dealer sebelum penghujung 2024. Bagi rakan rakan yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan sebagai dealer Public Gold bersama sama kami, boleh dapatkan maklumat di sini :


 

MATLAMAT PERIBADI


Secara peribadi, saya dan isteri berhasrat untuk menjadi dealer aktif Public Gold sepenuh masa dan bersara dari perniagaan 'bridal' kami sebelum usia kami mencecah 40-an.


Walaupun perniagaan 'bridal' kami sudah stabil tetapi hasil pendapatan ini adalah 'active income' dimana kami hanya akan menerima 'income' jika kami bekerja. Andai kata kami dalam keadaan tidak sihat, pendapatan kami akan terhenti.

Jadi, sudah pasti kami tidak mahu terus memasang pelamin sampai ke hari tua.



Berbeza pula dengan kerjaya sebagai dealer Public Gold, untuk mendapat pelanggan amat mudah kerana semua orang tahu kepentingan dan kelebihan menyimpan emas. Tambahan pula, untuk memulakan simpanan, semua orang mampu kerana cuma memerlukan RM100 untuk bermula.


Jadi, setiap kali ahli kami bimbing membuat pembelian emas, setiap kali itulah Public Gold akan membayar royalti kepada kami sebagai tanda terima kasih atas usaha kami membimbing ahli kami.


Lebih menarik, sekiranya berlaku kematian kepada kami, anak anak kami boleh mewarisi akaun kami dan selagi mana ahli yang berdaftar dengan kami membuat pembelian emas, anak anak kami akan terus menerima royalti dari Public Gold.

 

AKHIR KATA


Hari ini, telah datang kepada anda satu peluang yang besar, yang mampu mengubah status kewangan anda. Peluang ini mungkin datang secara tiba tiba, datangnya dalam keadaan tak terjangka. Nilailah peluang ini kerana peluang ini boleh berlalu dengan tiba tiba.



Jika anda belum mulakan simpanan emas, cubalah bermula hari ini. Jika tak nak mulakan simpanan emas untuk masa depan anda, mulakanlah demi masa depan anak anak dan keluarga kerana kita tidak tahu apa bakal berlaku pada masa hadapan.


Sebaiknya, jika anda mahu mulakan simpanan emas, mulakan terus sebagai seorang dealer Public Gold. Di samping anda boleh menabung emas untuk diri anda dan menjana pendapatan sampingan, sekurang kurangnya anda boleh memberi manfaat dan menyebarkan kebaikan simpanan emas kepada kenalan, rakan rakan dan yang terutamanya, kerabat keluarga anda.

Sesungguhnya, sebaik baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.



Sekian,

Salam perkenalan dari kami,

Tunwadie & Ciwa Mua




297 views0 comments

Comments


bottom of page